HISTORY

 Ros’K Enterprise adalah sebuah kilang kerepek yang dibina pada tahun 1989.Ia telah diasaskan oleh En.Ruslan Bin Azis.Kilang ini ditubuhkan di Kanchong Darat di atas tapak persendirian.Cadangan untuk menubuhkan syarikat ini tercetus apabila seorang kenalan En.Ruslan menawarkan satu projek memproses kerepek keledek.
          Pada permulaan,aktiviti memproses kerepek keledek hanya dilakukan secara kecil-kecilan yang dijalankan di bengkel kecil yang di bina di belakang rumah beliau.Pada ketika itu, beliau hanya dibantu oleh isteri serta ahli keluarga sahaja.Atas usaha gigih beliau,perusahan yang dijalankan semakain meningkat dari semasa ke semasa.
           Permintaan pasaran juga semakin menggalakkan.Di atas permintaan yang memberangsangkan,beliau telah mencuba untuk mempelbagaikan lagi produk kerepek yang berasaskan ubi dan pisang tanduk.Oleh itu,beliau telah menambah bilangan pekerja bagi memenuhi permintaan  pasaran dan pelanggan.Segala peralatan juga ditambah dan diperolehi.
             Atas usaha gigih,beliau telah membina sebuah lagi bengkel yang lebih luas dan selesa.Selain itu,sebuah bilik pameran juga dibina yang digunakan untuk mempamerkan produk yang telah dihasilkan selain memudahkan para pelanggan untuk memilih dan membeli produk yang diingini.
             Pelbagai produk yang dihasilkan telah dipasarkan di Daerah Kuala Langat,Daerah Sepang,sekitar Lembah Klang,Kuantan,Melaka.Antara kaedah pemasaran yang di gunakan adalah jualan terus,jualan runcit,jualan borong dan khidmat penghantaran.

No comments :

Post a Comment